MY RECIPE ( 조리법 ) - jolibeob -

Publish :

 1) Teokbokki (korean spicy rice cake) - 23 dis 2014

2) Rainbow cupcake - 16 feb 2015

3) roti sarang lebah - 12 mac 2015

Roti Sarang Lebah

publish : (12/3/2015)

 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-B36Q-cay0KAzbBZKvr029VFDwQIa1BrM7UX1HOAIc7TY5JWWflfvOr1r-e2pOuWdSS6mEAoJksyMwdZMeBVEQB9SUz9zbDqDAIJ_E3ClHo9I6CVYrMVzt-e8KrNtzuPFABIijftbXk62/s1600/IMG_9127.jpg

                                                                 Bahan II                                                           

                                          

* 300 gram tepung roti atau tepung high protein atau tepung superfine
* 200 gram tepung gandum
* 2 sudu besar susu tepung atau skim milk 
* 2 sudu besar madu
* 1 biji telur
* 250 ml susu segar
* 6 gram yis
* 40 gram gula
* 40 gram butter
* 1 sudu kecil baking powder
* 2 sudu besar plain yogurt

 

Semua bahan dah tersedia jom kita mulakan. 

Ada 2 kaedah untuk membuat roti.

1. Menggunakan bread maker
2. Menguli menggunakan kudrat tangan

1. Kalau menggunakan bread maker kerja membuat roti menjadi lebih mudah. Rotinya pun lembut dan sangat gebu. Caranya senang sangat, mula-mula, kenalah dapatkan sebuah bread maker. Firstly masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan menguli pada Bread Maker masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli , kebiasannya memakan masa 1 jam 1/2 . Bila dah siap uli dan boleh terus ke langkah no 4

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj17TsFs5RLe01DiD78EsTI3kNJEABnScGfl7uCoDf9yS22fD_dg5xZeqlsOmPF8gswOFkTnIharD5CNBJ6Vv8fxE5xTdGZssRg7pV0BOMbMvkcvdbplbVjRvqcDVirgQRTLLuQ0QKP-uwO/s1600/IMG_8924.jpg

2. Kaedah 2, kalau uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, korang akan dapat doh yang lembut dan elastik.

  

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam. Letakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.

4. Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker atau selepas 40 minit di perap doh tersebut,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang.
Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

5. Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.
Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok

                                                                                                                              

   

6. Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya.  Sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh,

7. Last sekali  bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.

8. Inilah rupanya bun kita selepas di bakar. Gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun nampak berkilat, segar dan menyelerakan untuk dinikmati.

 

Letakkan bun atas pinggan hidang sebelum di curahkan sos karamel
Untuk resepi sos karamel. korang boleh sediakan awal, atau sementara menunggu doh di perap anada sudah boleh sediakan sos karamel

 

SOS KARAMEL
*1/2 cawam gula perang
*1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
*1/2 cawan susu segar
*secubit garam
*1 sudu teh esen vanilla
*2 sudu besar butter

 

1. Cairkan butter
2. Masukkan gula dan masak hingga gula mencair
3. Tuangkan krim, garam dan vanilla
4. Kacau rata
5. Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin ok.

 

Tuangkan sos karamel atas roti kita tadi.

 

DONE.. dap nyee ..ermmm

Rainbow cupcake

publish : (16/2/2015)

Bahan-bahan ( 20 cup, bergantung pada saiz cupcake )

  • 1 cawan butter or marjerin
  • 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan fresh milk ( guna bancuhan tepung susu pun boleh )
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 2 sk esen vanilla
  • Pewarna merah, kuning or lain2.  

 

Cara-cara

  1. Masukkan marjerin dan gula dalam mangkuk mesin putar, pukul sampai kembang 
  2. Then masukkan satu satu telur dalam adunan tadi sampai habis dan adunan sebati.
  3. Ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda. Masukkan sikit sikit dalam adunan tadi and make sure adunan tadi terus di kacau.
  4. Then, masukkan fresh milk, dan esen vanilla. kacau hingga sebati.
  5. Korang bahagikan kan doh kepada 2 atau 3 bahagian. tapi aku bahagi 3. setiap 1 bahagian jadikan 3 warna berbeza. 
  6. Masukkan setiap satu bahagian dalam piping beg, kalau tak letak pun tak apa.
  7. Piping kan ke dalam cawan kek .ikut suka hati nak design macam mane,make sure nampak colourfull.
  8. If nak nampak rainbow, guna kertas cupcake yang warrna putih. After siap, bakar cupcake sampai masak.
  9. Then, sejukkan dan boleh la letak topping. Aku guna whippe cream cheese.







TTEOKBOKKI    ( SPICY RICE CAKE )

publish : ( 23/12/2014)



Bahan-bahan ( ikut suka )  재료 ( 수신 거부 )
jaelyo ( susin geobu deung)
  • Rice cake @ garaetteok yang dah siap.
  • Fishball/Fishcake/Jejari ketam/atau yang seangkatan. Sayur-sayur kalau suka.
  • Minyak untuk tumis.
  • Bawang putih di ketuk atau hiris nipis.
  • Serbuk cabai.
  • Kicap.
  • Cuka.(optional)
  • Garam.
  • Gula.
  • Kiub ayam @ ikan bilis
  • Air. 



Cara-cara
  1. Keluarkan rice cake dari peti.rendam dalam air.
  2. Bancuh serbuk cabai dengan sikit kicap dan sikit air agak-agak bagi pekat jadi pes cabai.
  3. Tumis bawang putih sampai naik bau.masukkan pes cabai tadi dan tumis.masa ni hati-hati jangan sampai cabai hangit.masukkan air sikit kalau rasa kering sangat supaya cabai tak hangit.kacau sampai cabai masak.
  4. Masukkan air agak-agak banyak mana jangan banyak sangat dan jangan sikit sangat mungkin dalam 1-2 cawan air.Masukkan garam gula,kiub ayam@ikan bilis dan cuka.
  5. Basuh rice cake yang rendam tadi.masukkan rice cake,fish ball @ fish cake,sayuran dan segala bahan sampingan yang nak guna masukkan semua.
  6. Rebus semua tadi dengan api sederhana sampai kuah dia jadi pekat.
  7. Hidang dalam pinggan tabur bijan daaaan silalah makan! ^_^ 

 
드세요
deuseyo

No comments:

Post a Comment